Friday, 14 December 2012

Sumbangan Tamadun Islam dalam Astronomi


Umat Islam terlibat secara aktif dalam bidang ilmu aqal (al-Ulum alAgliyyah) termasuk ilmu falak, adalah dalam zaman Umayyah dan Abbasiah. Dalam zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, sarjana yang terkenal dalam pengkajian ilmu falak ialah Khalid bin Yazid al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah cucu kepada Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Beliau digelar Hakim Ali Marwan. Beliau banyak membelanjakan hartanya untuk menuntut ilmu falak dan menyediakan peralatannya. Kemungkinan telah berlaku terjemahan buku-buku asing ke bahasa Arab atas anjuran beliau, tetapi hasil-hasil khazanah itu telah hilang dari khazanah umat Islam. Beliau adalah orang yang pertama kali menterjemahkan kitab-kitab termasuk kitab-kitab mengenai perbintangan.


Didapati pada pertengahan kurun keempat Hijrah dalam Perpustakaan Kaherah, terdapat ‘globe’ dari tembaga karya Batlamus, yang tertulis di globe itu kata-kata yang mengatakan ‘globe’ itu disedikan untuk Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah terkenal bernama al-Mas’udi, bahawa Khalifah Al-Malik bin Khalifah Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga setiap pemergiannya ke medah perang, dibawanya bersama ahli ilmu bintang.
Pada tahun 157H, Yaakob @ Ibrahim bin Habib al-Fazari membawa mengadap Khalifah al-Mansur, seorang ahli ilmu bintang bernama Mauka yang didatangkan dari India. Mauka mempersembahkan kepada baginda sebuah buku berbahasa Sanskrit bernama Sindhind atau Sidhanta. Buku ini diterjemahkan ke bahasa Arab oleh , yang kemudiannya diberi judul alSindhind al-Kabir’. Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang Arab dalam pengkajian ilmu falak hingga ke zaman al-Makmun. Muhamad al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama menciptakan astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku terjemahan al-Fazari itu telah disalin sebahagiannya ke dalam bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan itu telah dipergunakan oleh Universiti Eropah untuk mengajar ilmu bintang. Dari sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di cakerawala.


Sebenarnya, sarjana-sarjana Hindu dan Parsi telah mendahului pengaruh Greek di dalam mencetuskan minat orang Islam untuk mengkaji ilmu falak. Orang-orang Islam pada peringkat permulaan tidak dapat mencapai ke peringkat kesempurnaan dan kematangan dalam ilmu tersebut, jika dibandingkan dengan orang-orang Hindu dan Parsi, kerana mereka hanya memberikan perhatian di dalam menterjemahkan buku-buku falak, sedangkan buku-buku itu hanya mengandungi kaedah-kaedah asas dan cara-cara untuk menggunakan jadual jadual yang diberi tanpa sekarang ketetapan dan penjelasan. Dengan ini, orang-orang Islam memerlukan penyelidikan sendiri dalam pencapaian ilmu ini.


Antara ahli falak yang lain yang mendampingi Khalifah al-Mansur ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah. Abu Sahl berjasa dalam menterjemahkan buku-buku tentang cakerawala-cakerawala dan kedudukannya. Masyaallah ialah pembantu pembinaan bandar baru Baghdad. Beliau juga seorang terpelajar dan penulis buku-buku tentang ilmu bintang, astrolabe dan mateorologi. Buku karangan beliau bernama De Mercibus, merupakan salah satu buku pengetahuan Arab yang tertua. Beliau disebut oleh seorang pengarang bernama AbulFaraj, sebagai Phoenix dalam zamannya. Dalam tulisannya, beliau menulis tentang astrolabium dan sifat gerak bintang-bintang d
i langit. Karya-karya beliau sampai sekarang masih mengkagumkan ahli-ahli akedemik.

Seorang lagi ahli ilmu bintang terkenal di zaman al-Mansur ialah Ahmad bin Muhammad al-Nahawandi. Beliau telah menulis berdasarkan cerapannya sendiri suatu daftar perbintangan bernama `al-Mustamal’, yang merupakan satu kemajuan ke hadapan mengatasi gagasan-gagasan Yunani dan Hindu. Dalam projek pembinaan bandar baru Baghdad, didirikan sebuah balai cerap, dekat pintu gerbang Shammasiah di Baghdad. Pendirian balai cerap ini diketuai oleh Sind bin Ali, seorang Muslim keturunan Yahudi. Balai cerap ini berhasil menyelesaikan suatu faktor cerapan. Pemeriksaan dan pengajian daftar diselesaikan berpedomankan pada buku `Sindhind’. Daftar ini kemudiannya dikenal dengan Daftar al-Makmun (Tables of al-Makmun). Orang Eropah kemudiannya menyalin buku daftar ini ke bahasa Yunani dengan nama `Abronomous’. Orang Inggeris menyebutnya ‘Astronomy’. Inilah permulaan kata `astronomy’ masuk ke kamus Eropah.

Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiah terutama di zaman pemerintahan al-Makmun; muncul ramai sarjan-sarjana falak. Antaranya ialah Thabit bin Qurrah, al-Battani, Muhammad bin Musa alKhawarizmi, Abu Ma’syar al-Balkhi, al-Zarkali, Hunain bin Ishak, al-Ubadi, Sahal bin Bisyr al-Bajrumi, Yahya bin Abi Mansur, Khalid al-Marzi, Sind bin Ali, al-Abbas bin Safid al-Jauhani, Banu Syakir, Azud al-Daulah dan anaknya Syaraful-Daulah, Abu Sahal al-Kohi dan lain-lain lagi. Di zaman al-Makmun; telah didirikan sebuah balai cerap di Sinyar yang digunakan untuk mengukur darjah cahaya rembang matahari. Pada zaman baginda juga, sarjana falak Muslim juga telah berjaya mengukur lingkaran bumi. Sebuah balai cerap di Bukit Qaisun, Damsyik telah didirikan pada tahun 214H, iaitu pada zaman baginda.


Pada zaman al-Makmun; `Almagest’ karangan Ptolemeus, telah diterjemahkan. Daftar-daftar tentang ilmu falak diperbaiki dan dipersiapkan oleh ahli-ahli bintang yang termasyhur, seperti Sind bin Ali, Yahya bin Abi Mansur dan Khalid bin Abdul Malik. Pengamatan sarjanasarjana Islam zaman itu mengenai equinox, gerhana, bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit, sangat berharga dan banyak membantu ilmu pengetahuan manusia.


Sebenarnya al-Battani yang telah membahagikan sehari kepada 12 jam, yang digunakan sekarang oleh tukang Eropah. Habasy seorang ahli bintang sezaman dengan al-Battani membahagikan sehari kepada 60 jam. al-Battani juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 365 hari, 5 jam, 46 saat dan 24 secant, kurang dari perkiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Kitab beliau ,yang terkenal ialah `Ma’rifat Mithli al-Banj Baina Arbail-Falak.’


Di zaman al-Battani, orang Muslim telah memperkembangkan ilmu bintang yang lama yang masih primitif menjadi ilmu yang teratur dan harmonis. Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan ahli bintang dan dikatakan peranannya di kalangan orang Muslim sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang Yunani. Beliaulah yang memasukkan pengertian `sain’ dan `kosain’ dalam perhitungan astronomi dan trigonometri.



Sumbangan umat Islam yang gemilang dalam ilmu falak adalah pada zaman kerajaan Abbasiah. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur adalah Khalifah yang pertama mengambil perhatian dalam pengkajian falak. Baginda banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk memulai penyelidikan dalam ilmu falak. Baginda mengumpul nama para sarjana falak di istana baginda. Dalam pembinaan bandar baru Baghdad, baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai ketua perancang projek itu. Baginda pernah menulis surat kepada Raja Rome supaya mengirim kepadanya buku-buku ilmiah untuk diterjemahkan, termasuk buku-buku tentang ilmu falak.

Thabit bin Qurah al-Hirany (wafat 288H) mempunyai balai cerap perbintangan sendiri di Kota Baghdad. Di balai cerap inilah, beliau telah menyelidik jarak matahari dari bumi, dan mempelajari masa setahun menurut jarak matahari. Hasil-hasil penyelidikan ini telah dibukukan. Al-Battani (Albategnius) atau nama asalnya Abu Abdullah Muhamad bin Jabir bin Sinan alHirany al-Battany al-Syaiby (wafat lebih kurang 930M/317H) telah membuat penyelidikan tentang perbintangan. Hasil penyelidikannya juga dibukukan. Beliau telah menjalankan penyelidikan sejak tahun 877 hingga 918 M. Buku-bukunya tentang ilmu perbintangan disalin ke bahasa Latin dan disusun kembali ke dalam bahasa Arab oleh Nalindo pada tahun 1903M.


http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/txtsumbanganislam.htm




Ulasan



Pada zaman Kerajaan Bani Umayyah, nama Khalid bin Yazid al-Amawi adalah tidak asing lagi dalam bidang ilmu falak. Beliau merupakan cucu kepada Khalifah Muawiyan bin Abi Sufyan. Tokoh ini banyak membelanjakan hartanya bagi penyeledikan ilmu falak. Beliau juga merupakan orang pertama yang menterjemahkan kitab mengenai perbintangan ke bahasa Arab. Ketokohan Yazid dibuktikan dengan penemuan ‘globe’ yang diperbuat dari tembaga. ‘Globe’ yang tersimpan di Perpustakaan Kaherah itu, tertulis kata-kata yang menunjukkan ianya ditujukan kepada Khalid bin Yazid.

                Pada zaman Kerajaan Abbasiyah pula, orang yang bertanggungjawab meneruskan kajian bidang falak ini adalah Khalifah Abu Ja’afar al-Mansur. Baginda juga merupakan khalifah pertama yang mengambil perhatian dalam pengkajian falak. Baginda juga mengeluarkan perbelanjaan untuk memulai penyeledikan ilmu falak. Di samping itu, baginda juga pernah menulis surat kepada Raja Rome untuk mengirimkan kepadanya buku-buku ilmiah dan ilmu falak untuk diterjemahkan.

                Zaman ini juga menyaksikan ramai tokoh falak yang menyumbang pelbagai kajian dan penyelidikan masing-masing. Antara yang paling masyhur ialah Muhammad al-Fazari. Beliau merupakan pencipta pertama astrolabe. Astrolabe adalah sejenis alat untuk mengukur tinggi dan jarak bintang. Selain itu, seorang lagi tokoh yang terkenal ialah Thabit bin Qurrah al-Hirany. Beliau mempunyai balai cerapnya sendiri di kota Baghdad. Di sana, beliau telah mengkaji jarak matahari dari bumi dan berjaya menemukan jawapannya.
                


No comments:

Post a Comment