Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru
muncul di tanah Arab. Dibawah pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa
Rasulullah tersebar pesat dan luas menambat hati dan iman penduduk
Semenanjung Arab. Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula pada tahun
630, kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam sehingga ke
India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.
Di bahagian barat, penyebaran
agama Islam lebih cepat berlaku terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada
Tahun 711, Islam berjaya sampai ke Sepanyol. Hasil daripada penyebaran agama
Islam hingga hampir dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada
kerajaan Islam. Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.
Inilah titik permulaan kepada
perkembangan ilmu pengetahuan. Agama Islam telah membawa satu budaya yakni
budaya cintakan ilmu yang sangat besar peranannya kepada dunia ilmu
pengetahuan. Itulah cantiknya Islam, tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu
pengetahuan di dalam kehidupan.
Sejarah
Matematik Islam
Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat
lebih suka merujuk perkembangan sejarah Matematik ditanah Arab sebagai
Matematik Islam kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa
Rasulullah yang mementingkan soal ilmu pengetahuan. Perkembangan Ilmu
pengetahuan banyak berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa
yang sama Eropah masih di Zaman Gelap. Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya
dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi,
Matematik Islam lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.
Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur
membuka kota Baghdad yang selepas itu menjadi tempat perkembangan Ilmu
termasyhur didunia. Cendiakawan dan cerdik pandai dialu-alukan kedatangan
mereka ke Kota Baghdad. Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786
hingga 809 telah menubuhkan perpustakaan di Baghdad. Manuskrip-manuskrip
dikumpulkan dari pelbagai bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya
dari tamadun Yunani termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik.
Kemudian ia diterjemahkan ke bahasa Arab. Penganti Harun al-Rashid, Khalifah
Al-Ma’mun meneruskan usaha ini pada skala yang lebih besar dan sehingga
tertubuhnya Baitul Hikmah yang bertahan selama 200 tahun. Ilmuan-ilmuan dari
seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput untuk menterjemahkan bahasa Greek
dan India dan juga menjalankan penyelidikan.
Pada akhir kurun ke-9, pelbagai
kertas-kertas kerja cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius,
Diophantus, Plotemy dan ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa
arab untuk kegunaan ilmuan-ilmuan disana. Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya
mengumpul kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu
kepada satu perspektit baru yang lebih releven. Ini kerana ahli matematik sebelum
mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada
manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya. Di dalam Matematik Islam, ia
lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk
manusia, dan juga disebut sebagai Sunnatullah. Para Ilmuan Islam mengkaji dan
berakhir dengan bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis
Islam dan saintis. Tujuan mereka adalah Allah.
Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja
dengan lafaz ”Basmalah”.
“The mathematicians responded by always
invoking the name of God at the beginning and end of their works and even
occasionally referring to Divine assistance throughout the texts”
Terpegun membaca ayat ini.
Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan
Islam dahulu yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang mereka
lakukan. Sentiasa memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang Maha Pengasih
dan Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya hasilkan, mereka
dikembalikan pujian hanya kepada Allah.
Tidak seperti ahli matematik Yunani,
Ilmuan Islam tidak hanya berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk
memudahkan kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied
Math atau matematik gunaan.
Hari ini, satu sejarah lengkap tentang
Matematik Islam masih belum ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip
Ilmuan Islam yang masih belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia. Oleh kerana
kepentingan politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka yang
penting disekat dan dilarang. Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam
masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat Islam
sedar yang tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada percambahan ilmu
pengetahuan pada masa ini. Ia juga antara rancangan musuh Islam untuk
melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat Islam di Zaman ini.
Ahli matematik Islam banyak menyumbang
untuk secara khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga
mengembangkan topik Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri.
Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari
Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang
mereka terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap. Hanya perlukan penjenamaan
semula dan kembangkan ilmu itu
http://syumulislam.wordpress.com/2009/02/28/kesan-tamadun-islam-terhadap-dunia-matematik/
Ulasan
Islam mula disebarkan pada kurun ke-7 melalui dakwah yang
diungguli oleh Rasulullah (s.a.w.). Dakwah Islam telah berjaya sampai ke
Sepanyol pada tahun 711M. Penyebaran dakwah Islam turut menyumbang ke arah
perkembangan ilmu di serata dunia. Hal ini kerana agama Islam sendiri sangat
mengutamakan perkembangan dan penyebaran ilmu. Sehinggakan perkembangan ilmu
matematik di Tanah Arab, disebut sebagai perkembangan matematik Islam oleh
sarjana Barat.
Kepentingan
ilmu semakin mendapat perhatian dalam dunia Islam dengan pembukaan kota Baghdad
oleh Khalifah al-Mansur. Kota ini menjadi pusat perkembangan ilmu dan tumpuan
para cendekiawan dari serata dunia. Penubuhan Bait al-Hikmah pula menjadi
tumpuan ilmuan-ilmuan dari seluruh wilayah pemerintahan. Ianya menjadi sebuah
pusat utama bagi menjalankan aktiviti penterjemahan dan penyelidikan.
Pada era selanjutnya, ilmuan Islam pula menjalankan
kegiatan penterjemahan karya sarjana-sarjana Yunani ke bahasa Arab. Namun,
mereka tidak hanya mengambil terjemahan tersebut secara mentah. Bahkan,
pelbagai penyelidikan dan penambah baikan telah dijalankan dalam setiap bidang
yang diterjemah. Khusus bagi bidang matematik, sarjana Islam telah menambah
peranannya kepada sebuah bidang yang lebih praktikal untuk kehidupan seharian.
Pelbagai perkembangan dan aplikasi baru telah ddinovasikan oleh sarjana Islam.
Antaranya ialah penggunaan titik perpuluhan, algebra dan geometri.
Namun begitu, atas faktor politik, akses kepada maklumat
kajian tokoh-tokoh ilmuan Islam ini telah disekat. Tindakan ini merupakan salah
satu taktik musuh Islam yang bimbang tamadun Islam dihormati dan disanjung
tinggi.
No comments:
Post a Comment