Monday, 24 December 2012

FAKTOR-AKTOR PERPINDAHAN ILMU ISLAM KE BARAT


Terdapat beberapa faktor yang mendorong perpindahan ilmu Tamadun Islam ke dunia Barat. Antara faktor yang utama ialah :

a) PERANAN ORANG-ORANG MOZARAB

Mozarab adalah panggilan kepada orang Kristian. Ia diambil dari bahasa arab “musts’ ribun” (orang-orang yang diarabkan) iaitu orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan arab dan tamadun Islam. Mereka turut mempelajari bahasa Arab disamping bahasa Latin dan Rumawi. Orang-orang mozarab memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah. Dengan mempelajari bahasa arab mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil-hasil penulisan orang-orang Islam. Mereka juga membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan perpustakaan bagi menempatkan koleksi-koleksi yang berbahasa arab. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan dari Bishop Alwaro. Ini menyebabkan mereka terpaksa menterjemahkan bible ke dalam bahasa arab supaya boleh dibaca oleh orang-orang Kristian yang nyata lebih suka dan fasih menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pertuturan melebihi bahasa mereka sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh John of Seville pada tahun 1049M. Versi Arab ini kemudiannya dibahagikan kepada Bishop-bishop dan paderi-paderi di semua wilayah Andalus ketika itu. Ini menunjukkan telah wujud hubungan yang erat di antara masyarakat Arab Islam dan Kristian terutama penduduk tempatan. Secara tidak langsung mereka semua turut menyebarkan ilmu-ilmu Islam terutama bidang falsafah, puisi,dan kesusasteraan.

b) HUBUNGAN DIPLOMATIK

Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding Andalus, antaranya England, Perancis, Jerman, dan Holand. Mereka menghantar delegasi yang terdiri dari pelajar-pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian pertukangan dan lain-lain. Mereka juga menghantar pembesar-pembesar dan putera-putera mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus serta medalami dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam.

Menurut Petter antara rombongan yang tiba ke Andalus ialah Elizaberth sepupu kepada Louis ke lV dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara German pula menghantar perutusan yang diketuai oleh menterinya bernama William. Ketika ini Universiti Cordava yang diasaskan oleh Abd. Rahman merupakan universiti terbaik ketika itu. Ia bukan sahaja menampung pelajar-pelajar Muslim tetapi juga pelajar-pelajar Kristian dan Yahudi dari seluruh pelusuk dunia samada Eropah, Afrika dan Asia.

Pada masa pemerintahan Hisham I, Putera Philip telah menghantar pelajar-pelajarnya untuk mempelajari teknik-teknik dan metodologi pembelajaran setiap disiplin ilmu. Secara tidak langsung ilmu-ilmu Islam telah tersebar dengan begitu cepat dan pesat. Ia bukan sahaja menerangi dunia Islam tetapi turut membawa nafas baru kepada Eropah yang masih dalam kegelapan.


c) AKTIVITI PERTERJEMAHAN

Seiring dengan kemasukan pelajar-pelajar dari seluruh pelusuk dunia, aktiviti perterjemahan semakin giat dilakukan. Malah aktiviti ini merupakan salah satu faktor penting yang banyak membantu dalam penyebaran kebudayaan dan ilmu pengetahuan orang-orang Islam ke Eropah. Antara pusat gerakan perterjemahan ialah Teledo yang berjaya melahirkan cendekiawan-cendekiawan yang terkenal seperti Michael Scott, Danial Morley dan Ibrahim Daud al Israili. Buku-buku yang sering diterjemahkan meluputi bidang-bidang ilmu hisab, falak, mantiq, perubatan, kimia dan botani. Perterjemahan berlaku samada dari bahasa Arab ke bahasa latin atau bahasa Latin, Greek, Yunani, ke Bahasa Arab. Ini jelas diperlihatkan betapa besarnya pengaruh Andalus ke atas dunia Eropah.

Banyak sekolah-sekolah dan universiti diwujudkan di sekitar Andalus seperti di Cordova, Granada, Toledo dan Sevielle. Pelajaran yang diperkenalkan merangkumi bidang undang-undag, perubatan, kimia, falsafah dan astronomi.

Di dalam bidang kemasyarakatan Ibn Khaldun merupakan pemikir sosiologi yang ulung yang menulis banyak disiplin ilmu seperti ilmu hisab, ilmu analisis, kejuruteraan dan hisab perbandingan. Kerja-kerjanya turut menjadi bahan pengajian utama di Barat sehingga abad ke-16. Manakala di bidang pelayaran, buku-buku yang dihasilkan oleh orang-orang Islam telah memberi erti dan amat berharga kepada dunia Barat kerana ilmu ini di dapati banyak mempengaruhi zaman ‘Renaissance’ di Barat seterusnya mendorong kepada berlakunya penerokaan pelayar Eropah ke Timur pada abad ke 16 dan 17M.

Jelaslah Eropah pada masa itu mengkagumi kemajuan Andalus sehingga dikatakan apa saja yang diperlukan oleh Eropah akan diambil dari Andalus. Contohnya Raja Toja dari Navarre telah menbawa puteranya Sioncho ke Andalus semata-mata untuk menguruskan badan


d) PEMBUKAAN PULAU SICILY

Setelah berada dibawah kekuasaan Islam selama 800 tahun, (902M-1091M) Sicily telah memainkan peranan langsung dalam pemindahan ilmu Islam ke Barat. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah perjalanan antara Eropah dengan Afrika mendorong ia menjadi pusat perkembanagan intelektual yang penting ketika itu. Antara faktor yang mempercepatkan proses keilmuan ialah:

a) Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah dan masjid-masjid dikecualikan daripada perkhidmatan tentera. Ini membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya dalan bidang-bidang pengajaran.

b) Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha memperkembangkannya. Malah mereka dikatakan aktif dalam bidang penulisan dan menjadi penaung kepada ahli-ahli persuratan Sicily.

c) Secara kebetulan pada zaman pemerintahan Islam di Sicily pada abad ke 10M dan 11M, Qairawan telah muncul sebagai pusat kegiatan intelektual di Afrika Utara. Keadaan ini membolehkan penduduk Sicily menimba ilmu pengetahuan dari bandar tersebut juga mendapatkan guru-guru terlatih dan mahir untuk mengajar di Sicily.

Hasilnya ramai tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan muncul di Sicily pada abad 10-11M. Antaranya Hamzah ai Basri seorang ahli Filologi dan sasterawan, Muhammad bin Khurasan, seorang yang mahir dalam bidang Qiraat. Tokoh-tokoh lain ialah Abd. Ai Haqq bin Muhammad dan Ibn Zaraf(ilmu Kalam), Asad bin al Furut(Fiqh), Abu al Abbas(Hadis), dan Ibn Rashiq(bahasa).

Walaupun akhirnya Sicily di tawan semula oleh orang-orang Norman yang beragama Kristian, mereka telah mengekalkan unsur-unsur keislaman yang terdapat dikalangan penduduknya. Tambahan pula Sicily mempunyai hubungan dagang dengan sebahagian besar negara-negara Islam. Walaupun berada dibawah pemerintahan bukan Islam tetapi bidang keilmuan masih lagi menjadi agenda utama pembangunan masyarakat dan negara. Jesteru itu tidak hairanlah pemerintah-pemerintahnya seperti Raja Roper dan Frederick terus memberi galakan dalam industri supaya aktiviti perterjemahan diteruskan. Malah ramai pakar-pakar perubatan dan ahli astromoni muslim diminta berkhidmat di istana-istana Sicily. Raja Frederick ll juga dikatakan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan para sarjana di negara-negara Islam sekitar. Atas arahan beliau Michael Scott dan Theodore dari Antioch telah menterjemahkan karangan-karangan dalam bahasa Arab tentang teologi kegunaannya. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.

Kesimpulannya walaupun beragama Kristian, pemerintah-pemerintah Sicily terus memberi laluan ke arah perkembangan pemikiran bahasa, sains, dan budaya Islam di Sicily serta mengekalkan sistem pentadbiran Islam sehingga ada di antara mereka seperti Raja Roger dituduh oleh rakyatnya sebagai penyokong dan penganut agama Islam. Ketika pemerintahannya pegawai-pegawai beragama Islam terus dibiarkan menjawat jawatan masing-masing. Maka sebab itulah Sicily didatangi oleh ramai peniaga-peniaga muslim sehingga jumlah mereka mencecah hampir 2 juta orang. Selepas zaman Roger dan Frederick II perkembangan intelektual Islam mula mengalami zaman-zaman malap apabila pemerintah-pemerintahnya mula menunjukkan sikap anti kepada Islam dan melakukan pembaharuan yang ketara memusuhi Islam. Akhirnya kegiatan intelektual berpindah semula ke Andalus.


e) PEMBUKAAN ANDALUS

Penaklukan kaum Muslim ke atas Andalus bermula pada 711M di bawah tiga orang pemimpin iaitu Tharif bin Malik yang menjadi perintis diikuti oleh Musa bin Nusayr dan Tariq bin Ziyad. Mereka berjaya menawan keseluruhan bumi Andalus pada tahun 711M. Dari sini bermulalah era pemerintah Islam di Andalus. Kedatangan orang-orang Islam ke sana merupakan satu rahmat bagi penduduk Andalus khususnya dan benua Eropah umumnya.

Islam telah membawa perubahan kepada seluruh aspek kehidupan masyarakat samada dari segi politik pentadbiran, ekonomi, sosial dan yang paling menonjol ialah dalam aspek ilmu pengetahuan. Dengan kata lain Islam telah berjaya merubah wajah Andalus dari sebuah negeri yang mundur dan miskin kepada satu tahap ketamadunan yang tinggi dan dikagumi oleh dunia.

Orang Islam Andalus telah menyedarkan masyarakat Barat dari tidur seterusnya membawa mereka ke zaman kemajuan dan peradaban. Peradaban Islam di Andalus telah di bawa ke negeri-negeri di Eropah oleh penganut mereka yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Cordova, Seville, Malaga dan Granada atau orang-orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian yang berada hampir di seluruh Andalus dan Portugal yang dipanggil Mudejars (Mudajjerin) atau ia dibawa oleh pihak penjajah Kristian yang pernah hidup bersama-sama orang Islam Andalus.

Sebagai saluran utama penyebaran ilmu Islam ke Eropah, Andalus didatangi oleh pelajar-pelajar dari luar untuk menimba ilmu dalam bidang-bidang matematik, astronomi, astrologi, perubatan dan falsafah. Selain belajar, orang-orang Kristian turut memberi sumbangan kepada kegiatan intelektual ketika itu. Antaranya Alfonso Vll telah menubuhkan sebuah institusi penterjemah di Toledo pada 1130M. Institusi ini dikatakan menyemai “Bait al Hikmah” yang pernah dibina di Baghdad oleh orang-orang Islam.



Ulasan
Sewaktu tamadun Islam mula mencapai kegemilangannya, tamadaun Barat masih berada dalam era kegelapan dan kemunduran. Lalu beberapa inisiatif telah diambil bagi menyampaikan dan menyalurkan perpindahan ilmu yang bermanfaat bagi mereka.

                Peranan utama perpindahan ilmu ke Eropah dimainkan oleh orang-orang Mozarab. Mozarab adalah gelaran kepada orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. Mereka turut mempelajari bahasa Arab, Latin dan Romawi. Hasilnya, mereka mampu memahami karya-karya yang telah dihasilkan oleh orang-orang Islam. Selain itu, mereka juga telah membelanjakan wang yang banyak bagi membina perpustakaan untuk menempatkan koleksi-koleksi kitab bahasa Arab. Hal ini secara tidak langsung telah memperkembangkan ilmu-ilmu Islam terutamanya dalam bidang falsafah, puisi dan kesusasteraan.

                Hubungan diplomatik antara Eropah dan Andalus turut menyumbang kepada perkembangan ilmu di tamadun Barat. Anadalus pada ketika itu telah berjaya ditawan dan dibuka oleh orang Islam. Pembukaan tersebut telah membawa banyak perubahan positif dari aspek politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan terutamanya. Pemerintah Eropah telah menghantar delegasi-delegasi terdiri dari pelajar-pelajar, ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan dan lain-lain. Mereka juga telah menghantar pembesar-pembesar dan putera-putera mahkota bagi melanjutkan pelajaran di Andalus.

No comments:

Post a Comment